Sabtu, 18 Disember 2010

Awal Muharam yg semakin dilupakan

Percaya atau tidak, awal Muharam semakin dilupakan? Cuba kita tanya anak2 muda zaman sekarang, adakah mereka sedar akan kehadiran 1 Muharam....dan tahukah mereka apa itu Awal Muharam..? Pastinya mereka akan menjawab....grrr.....bila ?? emmm... tak tahu pun....bukan semua la yg akan jawab dengan jawapan yg macam tu.Ada jugak yang sedar dan tahu,  tapi pada mereka macam tak de apa2 yg istimewa pada hari tu...
Sedih kan....?

Tapi cuba kita tanya tentang Tahun Baru....Wah! pasti laju mereka menjawab, Yeah! Countdown Night....dan itulah hari yg ditunggu oleh mereka. Sana meletup, sini berdentum.Penuh dengan bunga2 api. Tapi sambutan Awal Muharam.....? Sunyi dan sepi.....

Pernahkah anda semua terfikir betapa pengaruh2 Barat menguasai hidup kita hinggakan tahun baru pun kita mengikut kalender mereka!! Tak cukup dengan itu, cara berpakaian hinggakan pemakanan sebolehnya mereka nak memesongkan kita.

Yang lebih membimbangkan, bila mereka cuba memesongkan kita dengan menggunakan muzik. Kita yang tak tahu apa2 ni dengan bangga menyanyikan lagu2 mereka tanpa tahu apa makna lagu tersebut sedangkan lagu2 itu ada yg berunsur memuja syaitan.....Nauzubillahiminzalik.

Inilah hakikat hidup dunia sekarang, semakin menakutkan dan membimbangkan. Kita ibarat seperti patung bernyawa yg mampu untuk melihat tanpa mampu melakukan apa2.

Saya bukanlah pendakwah tapi marilah kita sama2 berfikir dan melakukan sesuatu agar kita tidak termasuk dalam golongan ini. Jangan kita menafikan hakikat yg berlaku. Marilah sama2 mengaminkan doa agar Allah melimpahkan kasih-sayangNya kepada kita, anak2 kita, kawan2 kita dan seluruh muslimin-muslimat agar dikuatkan iman dan dijauhkan dari terjebak dengan gejala sosial yg berleluasa sekarang ini.Aminnn......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...